hehehe Gambar ni diambil semasa selepas saya bersalinkan dia... dia baru tengok dunia la ni..aisha dilahirkan di Hospital Putrajaya, pada 14-01-2009 pukul 5.15ptg.. beratnya 2.7kg...kecil cikit dari abg nya...Saya nak cerita ckit semasa saya sakit nak bersalin kan dia... masa saya mula sakit awal pagi. tapi saya tetap juga ke tempat kerja tapi tak buat kerja apa pun.. hanya sekadar menahan sakit aje hingga lah ke petang... risau juga masas tu sebabnya, suami saya bekerja di ukay perdana. jauh juga la.. sempat tak suami saya tengok semasa proses kelahiran baby kami masa tu... Mujurlah semasa saya menahan kesakitan tu, kawan sekerja saya yang mempunyai kereta bertanyakan saya " berapa kerap sakit, tengok jam tak?" saya sekadar jawab" 5 minit sekali sakit" Kak linda pun cakap" tu cam dah nak bersalin sangat2 tu". Dia pun sanggup nak antarkan saya ke Hospital.. tapi sebelum keluar dari pejabat ... saya sempat lagi untuk makan roti jala... dapat la makan 4 keping masa sakit tu.. Saya beritahulah pada suami dan orang tua saya supaya datang ke hospital.. Tetiba jer saya di Hospital,doktor mendapati laluan saya dah terbuka 5cm.. dan masa untuk melahir kan anak sudah tiba.. ketika saya meneran untuk bersalin, suami saya pun datang disisi saya memberikan sokongan dan semangat...Alhamdullilah... saya selamat bersalin anak pompuan seberat 2.7kg pada pukul 5.15 ptg... sekarang saya telah mempunyai anak sepasang(lelaki dan pompuan).... Lepas ni bolehlah berehat..hehehe... Jika ada rezeki anak lagi saya terima ...