Jatuh sakit




Pada 8/3/2008 hari yang paling tidak dapat saya lupakan... Kisahnya bermula begini..
Pada pagi hari sabtu tak silap saya la..mukmin tidak seperti biasa aktif dan ceria dengan senyuman. dia bertukar menjadi seorang yang pendiam dantidak bermaya(lemah) asyik nak tidur ajer.Aku sangat risau dia mula tidak mahu makan dan minum seperti biasa.Jika dia minum susu pun dia akan termuntah.. 2 kali dia telah muntah sebelum suami ku balik dari kerja.. aku cemas masa dia muntah.. Aku mengajak suamiku untuk antar ke hospital.. semasa suami aku sedang memberi susu kepada mukmin, dengan tiba2 mukmin muntah dan terus pengsan atas pangkuan suamiku..Dia menjadi lembik seperti tidak bernafas..terus kami menghantarnya ke hospital sambil aku di sebelah suamiku memberikan bantuan pernafasan kepada mukmin..Aku dan suami mengigil ketakutan. mujurlah hospital dekat dengan tempat tinggal kami. Suamiku memandu kereta hanya mengambil masa 5minit sahaja..
Ketika sampai di hospital bahagian kecemasan... Doktor memaklumkan pada aku yang anak aku mengalami perdarahan dikepalanya. Mukmin telah koma selama seminggu..dan di wad pulak 8 hari.
Alhamdulillah..Aku sangat2 bersyukur kerana mukmin selamat dan aku dapat melihat kembali senyuman dan telatah mukmin.