di kebun durian

ketika ni aku sedang berada di kebun durian di penang kampung ayahku.. ini gambar aku menunggu buah durian jatuh.. aku dah siap untuk menangkap durian... hehehe...
mukmin bersama dengan tokwannya mengutip durian yg jatuh.. seronok mukmin berada kat kebun durian.

mukmin sedang menjual durian... dia terkena duri pn dia tak menangis... kiranya tak sakit pun la..
balik kampung.




Mak jatuh sakit

Pada 29-5-2009 kami sekeluarga telah balik ke kampung sik kedah.. kami telah menerima berita tentang mak mertuaku sakit dan akan menjalani pembedahan jari kaki. kami sampai ajer terus ke Hospital Alor Setar. mak mertuaku menjalani pembedahan di alor star. keesokannya kami sekeluarga meminta tukar ke Hospital Sik,dekat sikit lah dari umah. senang jugalah untuk kerap g melawat mak..



ketika ini mak tersenyum gembira kerana melihat telatah cucu yang jauh datang melawatnya.. aku tahu mak masih kesakitan dan idak mempunyai tenaga tetapi digaghi jua untuk anak menantu dan cucu ..
Anakku aisha sedang bersembang dengan toknya...










Sekarang ni aisha dah masuk 4 bulan.. Penyakit exzema pada kulit mukanya dah semakin kurang..Kira dah comel cikitlah. Penyakit exzema ni adalah penyakit kulit kering. Kadang-kadang kulitnya akan mengeluarkan air bisa yang sangat banyak,sehingga dia akan gatal dan tak selesa..ha..masa nilah dia dok mengaru aje...Perkembangan dia sekarang dah pandai memegang botol susu nya sendiri...

Mukmin vs Aisha



Ha ni nak cite sikit" mukmin suka sangat dok mengusung tudung saya sana-sini...
nak dijadikan cte ayah dia pulak pakaikan la pulak kat dia....hehehe
kelakar la pulak tgk dia pakai tudung ni...hehehe mukmin..! mukmin........macam la dia ni

Sama tapi x serupa

Faham x kenapa saya cakap sama tapi x serupa....ha..cmni..bin diaorang iaitu mohd zabidi cuma jantina je x same.....hehehe
mase mukimin berumur Aisha wajahnye jugak sama seperti dia...nanti bila dia mekin membesar nampak kelainan dari wajah mereka....
apa pun mereka tetap adik beradik dan anak2 saya


Seorang Angkasawan

Asalamualaikum... Kali ini saya nak berkongsi cerita pasal mukmin pulak..Dia ni pantang nampak topi atau benda yang boleh diletakkan atas kepala,pasti dia akan letak di kepala dia ...konon2 untuk bergaya la kut...masa gambar ni diambil,ayah mukmin telah pelekuh mukmin untuk memakai topi keledar untuk bergaya.. konon2 nya menjadi seorang angkasawan....






Renungan Mata Aisha.
Kita perhatikan renungan mata aisha, sama tak dengan renungan mata abi nya.. Inilah kali pertama dia buka mata semasa mengambil gambar,selalunya dia akan pejamkan matanya.

Inilah tanggungjawab seorang abang


Mulanya saya terkejut melihat mukmin nenyuapkan susu kepada adiknya... takut lah juga kalu dia mencederakan adiknya... saya tak menyangka yang mukmin mempunyai sikap sayang pada adiknya... alhamdulilah.. saya mendapat anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap adiknya... semoga dia dapat menjadi anak yang bertanggungjawab dan soleh...


hari ni aisha dah pandai sembang dan tengok kamera.. inilah gambar tercantik.. kebanyakan gambar aisha ni pastinya dia akan pejamkan matanya..kalu nak cerita pasal mata... memanag matanya sepet macam amoi.. kalu saya keluar berjalan sambil mendukung aisha,kadang2 ada orang tengok saya pastu akan tengok pada anak saya aisha 2 -3 kali... pasti mereka ingat saya menculik anak orang lain kut..hehe...
Ha ni nak kongsikan sikit video ni....sebenarnye dah lame kitaorang nak bwk bdk ni g zoo,cuma x berksempatan je....alhamdulilah bulan lepas kami sekeluarga ada kelapangan so kitaorang pergi la zoo negara........video ni sebenarnye dah lame ambil cuma x bekesempatan nak siapkan je.....ha tgk
la .....hehehe


hehehe Gambar ni diambil semasa selepas saya bersalinkan dia... dia baru tengok dunia la ni..aisha dilahirkan di Hospital Putrajaya, pada 14-01-2009 pukul 5.15ptg.. beratnya 2.7kg...kecil cikit dari abg nya...Saya nak cerita ckit semasa saya sakit nak bersalin kan dia... masa saya mula sakit awal pagi. tapi saya tetap juga ke tempat kerja tapi tak buat kerja apa pun.. hanya sekadar menahan sakit aje hingga lah ke petang... risau juga masas tu sebabnya, suami saya bekerja di ukay perdana. jauh juga la.. sempat tak suami saya tengok semasa proses kelahiran baby kami masa tu... Mujurlah semasa saya menahan kesakitan tu, kawan sekerja saya yang mempunyai kereta bertanyakan saya " berapa kerap sakit, tengok jam tak?" saya sekadar jawab" 5 minit sekali sakit" Kak linda pun cakap" tu cam dah nak bersalin sangat2 tu". Dia pun sanggup nak antarkan saya ke Hospital.. tapi sebelum keluar dari pejabat ... saya sempat lagi untuk makan roti jala... dapat la makan 4 keping masa sakit tu.. Saya beritahulah pada suami dan orang tua saya supaya datang ke hospital.. Tetiba jer saya di Hospital,doktor mendapati laluan saya dah terbuka 5cm.. dan masa untuk melahir kan anak sudah tiba.. ketika saya meneran untuk bersalin, suami saya pun datang disisi saya memberikan sokongan dan semangat...Alhamdullilah... saya selamat bersalin anak pompuan seberat 2.7kg pada pukul 5.15 ptg... sekarang saya telah mempunyai anak sepasang(lelaki dan pompuan).... Lepas ni bolehlah berehat..hehehe... Jika ada rezeki anak lagi saya terima ...
askum....cepat betul masa berlalu....sekarang mukmin dah pun boleh berjalan.....dan sy pulak ...hehehe...baru je melahirkan anak kedua saya....nak tgk x adik mukmin..?

anda kenal tak sapa budak ni??? inilah anak kesayangan saya... namanya muhammad mukmin bin mohd zabidi. Umur dia 1 thn 5 bulan... dia ni baru bangun tidor terus pakai topi untuk bergaya.... dia suka bergaya...


Saya suka gambar mukmin ni... masa ni dia dah pandai berlari. susah juga nak ambil gambar dia ni.. masa ni mukmin menjadi model dalam photomama.com diambil oleh en.saifulnang. 2 yang gambar nya lawa sangat... modelnyapun comel kan???
photomama

Gambar ni samasa kami sekeluarga ke Dataran putrajaya... semasa ni aku sedang mengandung 8 bulan... nak dekat jugalah.. mukmin pula baru jer pandai berjalan.. bila di dataran bukan main seronok sekali mukmin berjalan dan menengok orang bermain di sana.. sampai tak larat juga lah saya mengejarnya... lagi aku mengejar lagi jauh dia berlari.. sampai terjatuh jugalah dia...

Beraya di kampung






gambar pertama ni:- Semasa kami sekeluarga baru tiba di kampung suami untuk menyambut aidilfitri... Ini lah raya pertama saya menjadi ibu dan juga pertama buat mukmin..
Gambar kedua ini:- Gambar mukmin bersama-sama dengan sepupunya. nak kenal ker sepupu mukmin?? yang pompuan tu namanya Rabiatul Adawiyah(hampir 2 thun)anak kepada kakak suami.. yang lelaki berbaju biru pulak bernama Abdulah Khairy(seusia dengan mukmin) anak kepada adik lelaki suami.. kalu tengokkan anak akulah yang paling kecil dari segi saiz badan nya... tapi aktif juga nakalnya...hehe...
jangan terkejut pulak bila tgk dia isap puting......ini adalah cara2 mengelak dari mukmin menangis kerap,hehehehe .mukmin baru sahaja pulih sedikit ....namun dia still ada pemeriksaan setiap bulan dengan doktor..namun saya bersyukur pada yang maha Esa kerana memberi keceriaan itu kembali .....alhamdulilah...

Jatuh sakit




Pada 8/3/2008 hari yang paling tidak dapat saya lupakan... Kisahnya bermula begini..
Pada pagi hari sabtu tak silap saya la..mukmin tidak seperti biasa aktif dan ceria dengan senyuman. dia bertukar menjadi seorang yang pendiam dantidak bermaya(lemah) asyik nak tidur ajer.Aku sangat risau dia mula tidak mahu makan dan minum seperti biasa.Jika dia minum susu pun dia akan termuntah.. 2 kali dia telah muntah sebelum suami ku balik dari kerja.. aku cemas masa dia muntah.. Aku mengajak suamiku untuk antar ke hospital.. semasa suami aku sedang memberi susu kepada mukmin, dengan tiba2 mukmin muntah dan terus pengsan atas pangkuan suamiku..Dia menjadi lembik seperti tidak bernafas..terus kami menghantarnya ke hospital sambil aku di sebelah suamiku memberikan bantuan pernafasan kepada mukmin..Aku dan suami mengigil ketakutan. mujurlah hospital dekat dengan tempat tinggal kami. Suamiku memandu kereta hanya mengambil masa 5minit sahaja..
Ketika sampai di hospital bahagian kecemasan... Doktor memaklumkan pada aku yang anak aku mengalami perdarahan dikepalanya. Mukmin telah koma selama seminggu..dan di wad pulak 8 hari.
Alhamdulillah..Aku sangat2 bersyukur kerana mukmin selamat dan aku dapat melihat kembali senyuman dan telatah mukmin.

Keceriaan bila ia tersenyum


Ha masa ni mukmin dah berumur 5 bulan....time ni la best main ngan dia....ceria aje tgk bila dia senyum.
Kami gayakan mukmin dengan memakaikan baju jubah dari mekah.. saja suka2 .. tak sangka pulak mukmin ok jer.. dia tak gaduh untuk buang serban atas kepala dia tu..
masa ini mukmin berumur 4 bulan.... dia baru pandai merangkak,x kisahlah kalau lambat sikit asalkan dia ada perkembangan dah la kan..........tgk 2 dia dah pandai melihat kamera.. kalu nampak kamera jer dia akan senyum semanis2nya... manis tak senyuman nya??? hehehe....
Haaaaahaha....tgk la 2 kepala dia dah dibotakkan,semperna cukur jambul sy sekeluarga mengadakan sedikit majlis kecil-kecilan di kajang (rumah tokwan dia) dia bagus ....masa dok membotakkan dia,dia boleh tdo....kelakar la dia ni....ok jumpa lagi bila ada masa nanti.